Home

Taklimat Audit LINUS Saringan Pertama bagi Tahun 1, 2 dan 3 (2013)

Perhatian kepada Guru Besar, GPK 1 & Penyelaras LINUS SK/ SJKC/ SJKT Daerah Seremban,

Sukacita dimaklumkan PPD Seremban akan mengadakan taklimat audit LINUS seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Jun 2013, Rabu (SJKC/ SJKT)
: 13 Jun 2013, Khamis (SK)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Balai Perdana, PPD Seremban


Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Penyelaras LINUS untuk hadir ke taklimat tersebut.

Sila cetak dari portal NKRA dan bawa bersama keputusan saringan LINUS mengikut kelas bagi semua kelas Tahun 1, 2 dan 3.

Sekian, terima kasih.

29.05.2013. 15:34

PENGISIAN DATA SARINGAN LINUS: LITERASI BAHASA INGGERIS

Perhatian kepada Guru Besar / GPK 1/ Penyelaras LINUS & Guru BI Thn 1 SK/ SJKC/ SJKT;

Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS Literasi Bahasa Inggeris bermula dari 27 MEI HINGGA 14 JUN 2013
Portal akan ditutup pada 14 JUN 2013 pukul 12.00 MALAM.

Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi Saringan LINUS 2.0 ; Literasi Bahasa Inggeris Tahun 2013, perlu mengisi di dalam LINUS 2.0.

Sekolah diminta mengemaskini data APDM mengikut enrolmen semasa sekolah.

Sebarang pertanyaan berkenaan pengisian data sila hubungi Pn Loong Sam Yee di talian 012-6971573.
Sekian terima kasih.

29.05.2013. 11:39

PENUBUHAN ALUMNI DI SETIAP SEKOLAH BAGI PELAKSANAAN SARANA DI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM ANJAKAN KESEMBIL

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Seremban

Merujuk kepada surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah, KPM dan JPNS.SPS.PP.600-4/1 Jld.4 (43), semua pengetua dan guru besar digalakkan agar menubuhkan alumni di sekolah masing-masing. Kewujudan alumni ini akan memperlihatkan keseriusan pentadbir sekolah menjayakan inisiatif Sarana Sekolah sebagaimana yang disarankan dalam PPPM 2013-2025.

Segala kerjasama YBhg. Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, harap maklum.

22.05.2013. 14:20

PESTA BUKU SELANGOR 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Buku Selangor 2013 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada:
Tarikh: 24 Mei - 3 Jun 2013
Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam (Isnin - Jumaat), 10.00 pagi - 10.30 malam (Sabtu - Ahad)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam
Harap maklum.

20.05.2013. 13:49

MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-42

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Seremban

Majlis Makan Malam Negeri sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-42 adakn diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Mei 2013 ( Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan
.
Semua Pengetua dan Guru Besar dijemput hadir ke majlis tersebut.
Tuan/Puan diminta untuk mengambil Kad Jemputan di dalam peti surat rasmi 'pigeon hole' di PPD Seremban dengan kadar SEGERA
Sekian, dan harap maklum

13.05.2013. 08:26

TARIKH PENGISIAN DATA LINUS

Perhatian kepada semua Penyelaras LINUS SK/ SJKC/ SJKT daerah Seremban,

Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS bermula dari 6 HINGGA 17 MEI 2013.

Sila hubungi Pegawai FasiLINUS sekolah anda bagi sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.

06.05.2013. 15:23